Suara jadi penyanyi lagu 3 Kupang Didi & Bella Astillah viral, “Depa ka nyanyi, Aku dah 30 baru tahu”

Sejak kebelakangan ini, nama Bella Astillah begitu menarik perhatian orang ramai selepas kemunculannya di rancangan Famili Duo berjaya memikat hati penonton dan peminatnya. Bella Astillah bergandingan dengan sepupunya, Wani Kayrie.

Ternyata dalam rancangan tersebut Bella Astillah dan Wani Kayrie antara peserta yang bersinar dengan memperoleh kedudukan yang tertinggi dan persembahan mereka juga menerima pujian ramai.

Bella Astillah berterusan jadi tumpuan ramai

Bella Astillah bagaimanapun nampaknya berterusan menjadi tumpuan di media sosial selepas satu rakaman video dia menyanyi namun ketika usia yang masih kecil mencetuskan ramai yang baru tahu dia dan adiknya, Didi Astillah merupakan penyanyi kanak-kanak.

Sekadar info, Bella Astillah dan Didi Astillah pernah merakam album kanak-kanak dengan menyanyi koleksi lagu rakyat seperti Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak dan Air Pasang Dalam. Mereka juga dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Selain itu, ketika usia ini juga mereka sudah pun dikenali ramai.

@bintangkecilmy Lagu 3 Kupang @bellaaaaa_st @didi_angel_astillah #bellaastillah #didiandfriends #lagutigakupang #bintangkecilmy ♬ original sound – Bintang Kecil

Perkongsian yang menerima ribuan tanda suka itu ternyata membuatkan ramai rupanya baru mengetahui mereka adalah penyanyi kanak-kanak tersebut dan mengatakan kedua-dua selebriti ini sudah berbakat sejak kecil.

‘Lah aku baru tahu dorang yang nyanyi haha’

‘Laa depa ka yang nyanyi, aku dah 30+ baru tahu hahaha’

Bella Astillah

‘Memang berbakat dari kecik dua beradik ni’

Bella Astillah

‘Haha zaman aku kecik ni sama diorang’

SUMBER : BINTANGKECILMY
Kredit : syor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *