Gambar sekadar hiasan
Perjalanan menunaikan umrah seorang wanita bersama keluarga pada 20 Disember lalu bertukar tragedi apabila tergelincir dalam bilik air sehingga mengakibatkan koma di Tanah Suci Makkah.
Koma seumur hidup
Jemaah umrah wanita itu, Fatin Amirah Rosli, 26, dikhabarkan masih belum sedarkan diri dan dijangka akan terlantar seumur hidup. Apa yang lebih menyayat hati apabila wanita berkenaan sudah terlantar koma hampir sebulan di Makkah sebelum berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Menurut kakaknya, Fatin Amalina, 29, adiknya itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Shah Alam, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di Malaysia pada Sabtu lalu. Tambahnya lagi, dia sekeluarga telah reda dengan ujian yang menimpa namun tetap mengharapkan ada keajaiban buat Fatin Amirah.
Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat.
Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah.
Terima kasih
Di samping itu, kakak kepada wanita berkenaan turut meluahkan ucapan terima kasih atas bantuan dan sumbangan orang ramai dalam misi membawa pulang adiknya itu. Difahamkan, adiknya dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah ke Subang, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua.
Sumber: Berita Harian
Kredit : ohbulan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.