Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah menyambut hari jadi anak sulungnya, Muhammad Bilal yang ke satu tahun hari ini di sebuah majlis sederhana dengan dihadiri para tetamu jemputan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @indigovelvet4, kelihatan Neelofa dan suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas, Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Rizz memberi sedikit ucapan sebelum majlis tersebut dimulakan.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah Neelofa dilihat mengusap perutnya sehingga menampakkan ‘baby bump’ ketika memberi ucapan kepada khalayak umum telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
@indigovelvet4 Dah nak jadi abang bilal soon 🤰🏻 #neelofa #neelofaharis ♬ Buah Hati – Armada
Neelofa hamil anak kedua?
Malah, kapsyen pemilik video terbabit turut menguatkan lagi dakwaan selebriti yang berusia 33 tahun itu sedang berbadan dua namun, empunya badan belum memberi sebarang berita mengenai perkara tersebut.
“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah Bilal nanti,” ujar pemilik video tersebut.
Alhamdulilah, tahniah Neelofa!
Susulan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Neelofa atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan kelak.
Sumber: TikTok @indigovelvet4
Kredit : ohmymedia
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.