Uniform Guru & Murid Lencun, Jeti Tiba2 Runtuh Ketika Mahu Ke Sekolah

Sejak pagi tadi, tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkanĀ jeti runtuhĀ sehingga pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.

Merujuk kepada perkongsian dari beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku diĀ Sk Pababag SempornaĀ ketikaĀ murid sekolah dan guruĀ sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

Guru & orang dewasa terjun selamatkan murid2

Menerusi video-video yang dikongsikan juga, dapat dilihat yang orang dewasa termasuklahĀ guru-guru terjunĀ ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta perkakas belajar mereka.

KPM sudah dimaklumkan

Beberapa pengendali bot yang berada di kawasan tersebut juga turut bertungkus lumus memberikan bantuan bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat.

Menerusi perkongsian dari My Semporna, setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku.

Menerusi posting yang dibuat salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat, guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu mangsa yang lain dan difahamkan semua dalam keadaan selamat.

Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan lebih lanjut berhubung insiden tersebut dan diharapkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: TwitterĀ jonjonahan,Ā adnrahman, FacebookĀ My Semporna,Ā Mei Mey Hamid

Kredit : borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *