Hasrat Tak Kesampaian, Lelaki Curi Bas Sekolah Untuk Balik Kampung Ditahan Polis

Seorang lelaki ditahan polis selepas cubaan mencuri sebuah bas sekolah untuk pulang ke kampung sebelum kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan dalam satu kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada mulanya bas berkenaan diletakkan di sebuah stesen minyak oleh pemiliknya sehari sebelum kejadian.

Pemiliknya yang berusia 68 tahun kemudian melihat bas itu bergerak keluar, namun tidak mengesyaki sebarang perkara kerana menyangka adiknya memandu kenderaan tersebut.

“Tidak lama selepas itu, dia dihubungi oleh anaknya yang memaklumkan ada orang mencuri bas miliknya itu dan melarikan diri ke arah Lebuh AMJ Melaka Sentral.
“Dia kemudian bergegas keluar dan mengikut dari arah belakang sebelum bas terbabit tiba-tiba terbabas ke bahu jalan berhampiran Taman Malinja sebelum menahan lelaki itu dengan bantuan orang awam,” kata Christopher hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes cubaan melarikan kenderaan pada 2013 mendakwa dia mahu balik ke kampung di Kapar, Selangor dengan memandu bas sekolah terbabit.

@utusanonline Kempunan curi bas sekolah #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #bassekolah ♬ original sound – Utusan Malaysia

Walau bagaimanapun, suspek yang juga seorang penganggur sudah ditahan selama tiga hari sehingga Khamis dan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri), Foto & TikTok UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD. borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *