Suspek Curi Motor Tergamam, Hanya Mampu Tersenyum Dikejutkan Polis Ketika Nyenyak Tidur
Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal dikejut oleh anggota polis dengan penuh lembut sewaktu suspek sedang nyenyak tidur tular di media sosial Indonesia.
Menurut Suara.com, penahanan suspek itu dilakukan oleh pasukan Delta Resmob On The Road, Polis Manado, Indonesia.
Video rakaman itu telah dimuat naik oleh akaun Instagram @fakta.indo dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial berkenaan.
Sewaktu kejadian, pasukan polis telah membuat serbuan ke rumah suspek lalu mendapati bahawa dia sedang nyenyak tidur.
Salah seorang daripada anggota polis berkenaan kemudiannya berbisik perlahan kepadanya sambil mengarahkan suspek untuk memakai baju.

“Heh pakai baju, baju,” kata salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi berkenaan.
Berdasarkan video yang dimuat naik tersebut, dapat dilihat suspek mempunyai tatu di badannya dan dia hanya mampu tersenyum sewaktu beberapa polis yang lain berada di sekelilingnya.

Polis itu kemudiannya dilihat memegang tangan suspek dan meminta untuk memberikan telefon bimbitnya. Suspek yang kelihatan terpinga-pinga dan tergamam hanya mampu mengikuti segala permintaan dan arahan polis tersebut.

“Saat penahanan salah seorang suspek rompakan oleh Pasukan Delta Resmob On The Road Polis Manado,” tulis keterangan video perkongsian tersebut.
Netizen yang melihat video tular berkenaan sempat memberikan komen mereka berhubung kejadian penangkapan yang dibuat itu.
“Ya Tuhan! Bangunkan lah aku dari mimpi buruk ini!,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
“Tidur mimpi buruk, setelah bangun terjadi hal buruk. Ini semua bukan terjadi dengan sendirinya melainkan akibat perbuatan buruk yang dia lakukan,” tulis seorang lagi netizen.
“Rohnya belum masuk ke badan, tapi jasadnya sudah sampai ke balai polis,” tulis seorang netizen yang berseloroh.
Sumber: Suara.com
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.