Warisi Kejelitaan, Anak Kajol & Ajay Devgan Pukau Peminat Tanpa Calitan Solekan

Bermula dengan episod cinta di lokasi dan berakhir dengan perkahwinan, pasangan selebriti tersohor Bollywood, Kajol dan Ajay Devgan kini sudah hampir 25 tahun bergelar suami isteri.

Rumah tangga mereka itu bertambah seri dengan kehadiran sepasang zuriat iaitu Nysa Devgan, 20, dan Yug Devgan, 13.

Walaupun Nysa tidaklah sepopular anak perempuan kepada aktor Shah Rukh Khan, namun dia tetap mempunyai peminat tersendiri di mana mereka terpikat dengan kejelitaan aslinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nysa Devgan (@nysadevganx)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nysa Devgan (@nysadevganx)

Nysa dan Ajay di airport

Terbaharu, penampilan Nysa bersama bapanya, Ajay di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji, Mumbai, India menarik perhatian ramai.

Menerusi beberapa video tular di laman TikTok, pasangan anak-beranak itu dilihat baru sahaja tiba di lapangan terbang dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Dalam hantaran berkenaan, Nysa dilihat memakai baju berwarna merah jambu, berseluar jeans. Sementara itu, aktor filem Dilwale memakai tshirt dan cermin mata hitam.

@instantbollywood ♬ Snap (Remix) – Rivaldo Wohon

Lawa, cantik macam Kajol

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nysa Devgan (@nysadevganx)

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi di mana warganet memuji kecantikan Nysa dan menyamakan gadis berkenaan mewarisi kejelitaan ibunya, Kajol.

 

Macam kembar bapa dia pun ada…

Pun begitu, ada juga warganet mengatakan wajah Nysa sangat menyerupai bapanya tetapi versi perempuan.

Sumber: TikTok @instantbollywood, Instagram @nysadevganx

Kredit : borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *