Sekadar gambar hiasan
Berang dapat tahu si suami kahwin dua, seorang wanita di Kenya nekad menyerang lelaki terbabit serta membakar rumah mereka.
Gigit bibir suami sampai hampir putus
Wanita terbabit dikenali sebagai Florence Karakacha, ditahan di Balai Polis Daerah Kakamega selepas didakwa menyerang suaminya, Bramwel Lubanga dengan menggigit bibir mangsa sehingga bahagian daripada bibirnya hampir putus selain membakar rumah mereka.
Suspek dikatakan cuba menutup kesalahannya dengan melaporkan kepada pihak polis bahawa dia telah dipukul oleh suaminya.
Hasil siasatan mendapati si suami sebenarnya menjadi mangsa dalam keganasan rumah tangga.
Susulan daripada itu, pihak polis menahan ibu kepada lima anak itu dan kini sedang menunggu perbicaraan.
Sumber : Tuko News
Kredit : ohbulan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.