Mana Nak Lari? Selamba Baling Botol Arak Ke Jalan Raya, Suspek Sudah Dikenal Pasti

Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang membaling botol dipercayai minuman keras ke arah jalan raya Lebuhraya Akleh, berhampiran susur keluar ke Jalan Sultan Ismail, Kuala lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, proses bagi mengesan suspek sedang giat dilakukan pada ketika ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan mengesannya sedang dilakukan.
“Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan selain menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dengan sebarang kesalahan yang melanggari undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki dengan selamba membaling botol kaca dari balkoni sebuah residensi ke arah jalan raya.

Rakaman berdurasi itu 11 saat itu turut kelihatan jalan raya berlaku kesesakan, namun tidak dapat dipastikan sekiranya botol tersebut terkena pada kenderaan atau tidak.

Sumber: Harian Metro (Safeek Affendy Razali), Twitter @redzuanNewsMPB

Kredit : borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *