Difahamkan, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah tampil dengan persembahan mantap menerusi dua buah lagu iaitu Potret dan Pelukan Angkasa serta Bunga dan Kau Pun Sama yang bertemakan lagu daripada Anugerah Juara Lagu (AJL) dan bebas.
Dalam pada itu, di tempat kedua pula adalah Ayda Jebat dan Fyna Jebat membawa pulang wang tunai RM 20,000, manakala pasangan di kedudukan ketiga, Bella Astillah dan Wani Kayrie membawa pulang 15,000 disusuli pasangan Sissy Imann dan Naim Daniel di tempat keempat.
Sekadar info, pertandingan Famili Duo tersebut telah dikendalikan oleh pengacara Janna Nick dan Sean Lee serta terdapat dua juri tetap yang memberi markah kepada para peserta iaitu komposer terkenal Ajai dan juga penyanyi dangdut popular, Mas Idayu.
Malah, musim baharu Famili Duo dibawakan khas penaja bersama iaitu Good Virtues Co dan Polident.
Sumber : Oh My Media
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.