Pasangan ‘Pelangi’ India Umum Bakal Timang Anak, Jangka Kelahiran Mac Depan

Pasangan transgender India mengejutkan ramai apabila berkongsi ‘khabar gembira’ kepada semua menerusi Instagram dengan memaklumkan bakal menimang cahaya mata pertama bulan depan.

Suami yang hamil ye!

Ziya Paval berkongsi berita tersebut di media sosial apabila ‘suaminya’ sedang sarat hamil dan bakal melahirkan tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deepa Rani Sivankutty (@deeparanis02)

Menerusi laporan dari India Today, Zahhad merupakan lelaki transgender yang pertama hamil di India. Dia yang bertugas sebagai akuantan mengakui teruja dengan kehamilan tersebut.

Masing2 tukar jantina

Sebenarnya, pasangan yang sudah menukar jantina masing-masing itu pernah merancang untuk mengambil anak angkat namun permohonan mereka ditolak memandangkan mereka adalah transgender.

Disebabkan itu, mereka merancang untuk mendapatkan anak secara biologi kerana bagaimana cara sekalipun Zahhad adalah seorang wanita dan mempunyai rahim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deepa Rani Sivankutty (@deeparanis02)

Sepasukan doktor dari Kolej Perubatan Kozhikode mengesahkan tiada sebarang cabaran fizikal yang dihadapi mereka untuk mendapat zuriat kerana kedua-duanya menjalani transformasi jantina.

Zahhad telah dilahirkan sebagai wanita sebelum menukar jantina menjadi lelaki, manakala ‘isterinya’ adalah lelaki yang merubah penampilan menjadi wanita.

Sumber: India Today

Kredit : borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *