[VIDEO] Bunyi Lato-Lato Ganggu Majlis Nikah, Tok Kadi Selamba Tegur Guna Mikrofon – Lato-Lato, Diam..’

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan, permainan lato-lato kini menjadi kegilaan di Indonesia dan juga Malaysia tanpa mengira pangkat serta umur. Namun, bunyi bising alat itu telah menyebabkan ramai yang tidak selesa.

Main masa akad nikah

Ini kerana, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut telah berada dalam keadaan sedia untuk memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.

Dalam video tersebut, jurunikah itu sedang melafazkan ijab di hadapan pengantin lelaki sebelum tiba-tiba berhenti bercakap kerana terganggu dengan bunyi lato-lato.

Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…

Baru diam lepas ditegur

Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara itu.

Situasi itu menyebabkan orang ramai bersetuju dengan tindakan jurunikah yang berani menegur tindakan individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah.

Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain. Kanak-kanak pun perlu diajar tentang perkara itu.

Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara sama tidak berulang lagi.

Video

Sumber: Instagram

Kredit : ohbula

Sumber: Instagram

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *