Bungkus Pengantin Dalam Kotak Ala-Ala ‘COD’, Tema Majlis Nikah Pasangan Ini Memang ‘Rare’! Siap Kena Angkat Lagi

Pasangan raja sehari di Indonesia mengejutkan ramai apabila menggunakan ‘tema’ Cash-On-Delivery (COD) apabila pengantin lelaki dibungkus dalam kotak untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.

Diusung rakan-rakan pengapit

Menerusi video yang tular di media sosial, pengantin lelaki tersebut dilihatkan telah ‘dibungkus’ kemas ke dalam kotak sebesar saiz tubuhnya dan dibawa oleh rakan-rakan ke lokasi majlis akad nikah.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan pengantin tersebut juga berada dalam ‘watak’ masing-masing apabila mereka turut mengenakan pakaian seperti penghantar barang.

Malah, sebaik saja dia tiba di rumah pengantin perempuan, kotak tersebut dibuka sebelum pengantin bersiap sedia untuk melafazkan ijab kabul.

Biarpun tema tersebut mengejutkan tetamu yang berada di majlis tersebut, tetapi upacara akad nikah tersebut berjalan dengan lancar apabila pasangan pengantin selamat bergelar suami isteri.

Ini kerana, tetamu yang hadir juga turut terhibur serta kagum dengan idea kreatif pengantin lelaki untuk menggunakan tema unik itu sebagai salah satu momen pernikahan yang tidak boleh dilupakan.

Sebaik sahaja pasangan mempelai selamat disatukan, mereka juga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama rakan-rakan pengapit pengantin lelaki di majlis tersebut.

Video

Sumber: Tribun News

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *