Dua Orang Cedera, Pelajar Sekolah Memandu Langgar Bilik Mengajar

Seorang pelajar sekolah memandu tersalah menekan pedal minyak kereta sehingga merempuh sebuah bilik mengajar di pusat tersebut dalam satu kejadian di Pajam, Mantin pagi semalam.

Menurut laporan Utusan Online, difahamkan pelajar lelaki berusia 26 tahun berkenaan kurang sihat ketika berlaku kejadian sekitar jam 10.33 pagi itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II, Effendi Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut yang membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Bagaimanapun, pelajar sekolah memandu dan pengajar yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 
“Namun terdapat dua orang lelaki yang berusia 22 dan 27 tahun yang berada di dalam bilik tersebut cedera di bahagian kaki dan belakang badan akibat kemalangan itu,” katanya.

Effendi berkata, kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas kesihatan sebelum dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kejadian berkenaan tular di media sosial sekali gus menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.

Namun begitu, segelintir individu meninggalkan komen berbentuk gurauan menganggap ia adalah ‘amaran’ bagi sekolah memandu supaya tidak menaikkan harga yuran pembelajaran dan latihan pemanduan.

Jangan sesuka hati naikkan harga

Moga dipermudahkan!

Cikgu tak tekan brek? Atau mengajar dari luar kereta

Kesian, mesti trauma

Sumber: Utusan Online (Zakkina Wati Ahmad Tarmizi), Facebook Negeri Sembilan Kini

Kredit : borakdaily

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *