Pelanggan Cemburu Pekerja Kedai Senyum Pada Suami, Cakap ‘Cukup Sekadar Terima Kasih’

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemilik sebuah premis makanan di Petaling Jaya terkejut apabila menerima direct message (DM) daripada salah seorang pelanggannya yang cemburu dengan pekerja di kedainya.

Pekerja hanya senyum

Difahamkan, pelanggannya itu menegur tindakan pekerja premis makanan tersebut yang melemparkan senyuman kepada suaminya dengan menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Maaf ya kalau saya lancang berkata. Boleh tak pihak kedai bagitahu dekat pekerja hari ini yang pakai tudung hijau/biru, jangan nak ramah sangat dengan suami orang.

Malah, wanita berkenaan juga sempat menitip ‘nasihat’ dengan mengatakan bahawa ucapan terima kasih daripada pekerja hanya perlu dibuat dengan kata-kata dan tidak perlu sekalikan dengan senyuman.

Walau bagaimanapun, butiran mengenai lokasi kedai dan waktu insiden tersebut tidak dapat dikenal pasti.

‘Takkan nak bermasam muka pula?’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian perbualan mesej pemilik kedai tersebut dengan wanita berkenaan, dia membalas teguran itu dengan menjelaskan bahawa permintaan tersebut sukar untuk ditunaikan.

Salah ke kalau kami mahu ambil duit atau hantar makanan kena masamkan muka? Nanti kalau masam, orang akan persoal… Nak menjual ke nak marah orang.

Biarpun sedikit terkesan dengan mesej tersebut, pemilik kedai itu masih lagi rasional dengan berterima kasih atas teguran yang diberikan.

Hasil tinjauan pihak OhBulan! mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh pemilik kedai berkenaan.

Sumber: Kosmo

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *