Susulan dakwaan pelawak Ali Puteh berhubung balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali melakukan upacara ritual tertentu di luar rumah telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk pengamal perubatan Islam.
Mana ada sihir, cuma proses pagar rumah
Menerusi video ‘stitch’ oleh pengamal perubatan Islam dikenali Zaki Samsuddin, dia tampil menjelaskan situasi sebenar dengan mengatakan tiada unsur sihir seperti didakwa.
Sebaliknya, bahan-bahan yang ditunjukkan oleh Ali dalam video berkenaan hanyalah bahan biasa digunakan untuk proses memagar rumah daripada makhluk halus.
“Pertama, balu arwah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh. Kedua, tiada tanda-tanda sihir yang ada dekat situ.
“Kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara digunakan untuk tujuan memagar di rumah. Boleh jadi rumah itu baharu dipagar, Tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah,”jelas Zaki.
@kandazakiyy #stitch with @Ohbulan ♬ original sound – KANDA ZAKIYY
Melainkan kalau jumpa kain kuning berikat…
Tambah Zaki, sekiranya Ali menjumpai barangan lain seperti bangkai binatang, ayam atau kain kuning berikat.
“Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu. Contohnya seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati.
“Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu,”jelasnya lagi.
Di akhir video, Zaki sempat berseloroh dan meminta Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan segera membuat bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah.
Sumber: TikTok @kandazakiyy
Kredit : Oh My Media
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.