Penduduk Kampung Desak Penghulu Letak Jawatan, Dakwa Minta Gambar Bogel Isteri Orang

Penduduk Desa Ungga, Lombok Tengah, Indonesia, bertindak berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat penghulu kampung tersebut sebagai tanda tunjuk perasaan agar pemimpin itu meletakkan jawatan serta-merta.

Didakwa minta gambar bogel wanita

Sekadar gambar hiasan

Ini kerana, dia didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang penduduk wanita di kampung tersebut dengan meminta gambar bogelnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kekecohan tentang isu tersebut berlaku selepas suami kepada mangsa, 49, membuat laporan polis mengenai perbuatan terkutuk penghulu terhadap isterinya yang berusia 19 tahun.

Bagaimanapun, penghulu tersebut menafikan dakwaan daripada suami mangsa tentang perkara berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia tidak lagi menggunakan nombor WhatsApp yang dikatakan kepunyaannya itu.

Saya tidak pernah melakukan perkara itu (minta gambar bogel isteri orang). Apatah lagi, nombor itu sudah tidak digunakan lagi.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penghulu kampung tersebut, ratusan penduduk Desa Ungga sepakat untuk berkumpul di hadapan pejabatnya.

Bagi mereka, perbuatan melibatkan gangguan seksual sama ada bertulis ataupun dari segi percakapan tidak seharusnya dilakukan oleh pemimping kampung kerana dikhuatiri bahawa kejadian itu akan memecahbelahkan penduduk.

Sumber: Detik Bali

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *