Kantoi Curang, Wanita Komplot Dengan Mak Mentua Bakar Skandal Suami, Siap Rakam Lagi!

Sekadar gambar hiasan

Dek kerana geram suaminya didakwa mempunyai kekasih gelap, seorang isteri berusia berusia 23 tahun di Vietnam telah ditahan oleh polis kerana bertindak membakar wanita lain.

Dirakam ibu mentua

Lebih mengejutkan, kejadian yang berlaku di daerah Duy Xuyen, Wilayah Quang Nam itu dirakam oleh ibu mentua kepada wanita tersebut dan rakaman itu tular di media sosial pada 26 Januari lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita menyerang mangsa yang berusia 28 tahun sebelum salah seorang daripada mereka menuang 1.5 liter minyak petrol ke atas tubuhnya dan segera bertindak menyalakan api.

Difahamkan, mangsa sempat terbakar selama 20 saat sebelum orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian memadam api tersebut dan membawa wanita tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Kejadian itu berlaku selepas si isteri melihat sendiri suaminya keluar bersama wanita berkenaan dari sebuah bar karaoke menyebabkan dia memukul mangsa dengan bantuan ibu mentuanya yang berusia 44 tahun.

Disebabkan insiden itu juga, kedua-dua pelaku berdepan hukuman atas kesalahan cubaan membunuh.

Sumber: VNEXPRESS

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *