[VIDEO] Isteri Tarik Tudung ‘Penyondol’, Tak Puas Hati Cuba Goda Suami Secara Terbuka

Di media sosial, tular sebuah video yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan dua orang wanita dipercayai berlaku di Jawa Tengah, Indonesia sehingga mendapat perhatian ramai.

Suami berjalan dengan perempuan lain

Pergaduhan di tempat awam itu berlaku selepas salah seorang wanita berjaya mengesan perbuatan curang suaminya apabila ditemui sedang berjalan bersama-sama dengan wanita lain.

Disebabkan itu, dia yang menunggang motosikal ke tempat kejadian bertindak menanggalkan tudung wanita lain kerana dipercayai cuba untuk menggoda suaminya.

Si isteri yang tidak dapat mengawal emosi kemudiannya bertindak menarik rambut wanita tersebut sambil mengheretnya ke hadapan sebuah kedai serbaneka menyebabkan mereka berdua bergaduh sebelum kejadian itu turut melibatkan seorang lagi wanita lain.

Bagaimanapun, pergelutan itu berjaya dihentikan oleh seorang lelaki berhampiran mereka berdua dan insiden tersebut terhenti di situ sahaja tanpa sebarang berita lanjut.

Klip tersebut telah mendapat perhatian netizen tempatan di mana rata-rata mereka menyokong tindakan si isteri yang berani untuk menyerang wanita berkenaan secara terbuka.

Video

Sumber: Suara.com

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *