Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan permainan lato-lato sudah menjadi kegilaan ramai tanpa mengira pangkat dan juga umur sehinggakan pergi ke mana-mana pun akan kedengaran bunyi mainan tersebut.
Nasihat pakai pelindung skrin
Di Twitter, seorang wanita terpaksa akur apabila televisyen (TV) bernilai RM3,000 di rumah rosak hanya kerana lato-lato milik anaknya yang berharga RM5.
Disebabkan kejadian itu juga, dia sempat menitipkan pesanan dengan meminta orang ramai agar pasang pelindung skrin TV agar tidak berlaku insiden yang sama.
Disebabkan lato-lato RM5, rosak TV RM3K. Menangis weh nak repair, nak selamat, korang yang ada anak tengah melasak tu pakailah screen protector (pelindung skrin) TV. Jimat duit nak baiki.
Netizen makin risau, banyak kerosakan
Sekadar gambar hiasan
Susulan itu, netizen meluahkan rasa risau dan bersuara tentang keselamatan permainan tersebut sehingga tweet berkenaan memperoleh lebih daripada 1K retweet dan 1.7K likes setakat ini.
Bukan itu sahaja, mereka rata-rata mengharapkan agar ‘ketagihan’ permainan tersebut dalam kalangan kanak-kanak dapat dikurangkan memandangkan ianya boleh mendatangkan bahaya jika tidak dipantau dengan teliti.
Budak-budak zaman sekarang bukannya nak dengar kata. Bila dah jadi macam ini, barulah rasa patut pantau aksi mereka daripada banyak lagi harta benda yang rosak lepas ini.
Komen netizen
Sumber: Twitter
Kredit : ohbulan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.