Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita didakwa mempunyai masalah mental melahirkan cahaya mata perempuan sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk.
Menurut laporan tvOneNews.com, bayi itu selamat dilahirkan dalam kejadian berlaku di sebuah pondok kecil di satu wilayah di Kecamatan Birem Bayeun, Kabupaten Aceh Timur kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu lalu.
Seorang penduduk dikenali sebagai Turni berkata, mangsa sempat menjawab beberapa soalan ketika terbaring dalam keadaan lemah selepas dipercayai bersalin seorang diri.
@alhiskhiee3882 orang Gila melahirkan. #bireumbayeun#acehtimur ♬ suara asli – Aniss💔 – Vhyaa04
“Dia mengaku bahawa bapa bayi tersebut adalah penduduk setempat. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui nama pelaku berkenaan,” katanya kepada tvOneNews.com pada Ahad lalu.
Turni berkata, bayi cukup sifat itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dibawa ke klinik kesihatan berhampiran daerah Birem Bayeun untuk menerima rawatan lanjut.
@alhiskhiee3882 Membalas @cintalon3 ♬ Ya Habibi Ya Muhammad – M MAULANA SARIF
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Birem Bayeun, AKP Syamsuddin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kejadian terbabit namun tidak dapat berkongsi butiran terperinci.
@alhiskhiee3882 orang Gila melahirkan. #bireumbayeun#acehtimur ♬ suara asli – Aniss💔 – Vhyaa04
Terdahulu, dua akaun aplikasi TikTok iaitu @alhiskhiee3882 dan @bundazest memuat naik video memperlihatkan orang ramai cuba membantu mangsa serta bayinya sehingga menerima ribuan komen dalam kalangan netizen.
@bundazestpiasan dunia♬ HUSNI AL MUNA SYUKUR – HTTI-NAWIR JR-88
Rata-rata meluahkan rasa simpati selain menggesa pihak berkuasa supaya segera menangkap suspek yang tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan kurang siuman.
Sumber: tvOneNews.com, TikTok @alhiskhiee3882 & @bundazest
Kredit : borakdaily
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.