[VIDEO] Pemandu Pelik Lihat Pengemis Pakai Bulu Mata Palsu & Warnakan Kuku.. Anak Yang Didukung Pun Nampak Kaku

Seorang pemandu kereta di Pulau Dewata, Bali, Indonesia terkejut apabila disapa oleh pengemis wanita. Namun apa yang lebih pelik adalah wanita terbabit memakai bulu mata palsu serta mewarnakan kuku.

Siap pakai bulu mata palsu

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lisa Dewi Instagram, kelihatan seorang wanita sedang mengemis di jalanan sambil mendukung anak.

Hari itu pelik tengok peminta sedekah dekat tepi jalan. Tapi apa yang menarik perhatian ialah penampilan dia bersih sangat dan dari jauh boleh nampak bulu mata palsu.

Bukan itu sahaja, suami kepada Lisa turut tertanya-tanya apakah makanan yang diberikan oleh si ibu itu sehingga anaknya tidur dan tidak bergerak.

Jeff (suami) tanya pada saya apa yang diberi kepada anaknya sampai boleh tidur tak gerak-gerak.

Netizen pelik si kecil tak bergerak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Dewi (@lisadewiwood)

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengatakan bahawa wanita itu seperti tidak sesuai untuk menjadi peminta sedekah. Malah, ada juga di antara mereka yang mendakwa anak kecil terbabit telah diberi ubat bius.

Banyak dakwaan yang kata, anak-anak kecil seperti itu disewa dan diberi ubat bius biar tidur je,” kata pengguna @kaameliyah.

Aku risau tengok anak dia. Kesian anak dia. Dia kasi ubat tidur ke?,” kata pengguna @is_srnisyarif.

Biar betul peminta sedekah buat kuku?,” kata pengguna @styletravelr.

Cuba tengok mata dia macam pakai contact lens,” kata pengguna @dksari00.

Sumber : lisadewiwoodLiputan6

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *