Sebagai umat Islam, sudah pastinya kita mengejar khusnul khatimah yang bermaksud suatu kematian di mana penyudah kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan terbaik selain dipeluk dengan keredaan Allah.
Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang meninggal ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Menerusi sebuah posting oleh pengguna Facebook Afiq Zulhafiz, yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali Nur Alesha Ammara itu, difahamkan kanak-kanak tersebut jatuh sakit ketika berada di Madinah, Rabu lalu.
Selang beberapa hari, bapa saudaranya itu memuat naik beberapa gambar anak kecil itu dan memberitahu kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia pada jam 3.05 petang tadi masa Madinah Al Munawwarah.
“Terima kasih buat saudara2,sahabat2 handai semua yang mendoakan kesihatan beliau..buat saudaraku Amirul Zul, perancangan Allah swt itu,sebaik2 perancangan.
Allah swt mengetahui apa yang terbaik buat kalian sekeluarga,semoga dipermudahkan segala urusan kalian disana hendaknya..saya dan keluarga sentiasa mendoakan..
Al-Fatihah, tenanglah disana wahai bidadari syurga..,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut sebak dengan berita itu dan pemergiannya itu diiringi dengan doa-doa serta ucapan takziah kepada keluarganya.
Al-Fatihah, semoga pemergian kanak-kanak ini menjadi asbab keluarganya ke syurga…
Sumber : lobakmerah