Ketua sebuah persatuan pengendali ular telah disahkan meninggal dunia apabila dipatuk sewaktu sesi latihan mengendalikan haiwan berbisa itu.
Dua hari terlantar di ICU
Memetik laporan dari portal Coconuts, kejadian yang berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selantan memperlihatkan Aji Rachmat Purwanto yang merupakan pengasas bersama dan Ketua Yayasan Ular Indonesia Sioux meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dipatuk secara tiba2
Insiden tersebut berlaku pada 12 Februari lalu ketika Aji sedang mengendali seekor ular tedung selar semasa sesi latihan sebelum dia tiba-tiba sahaja dipatuk reptilia itu.
View this post on Instagram
Pemergian Aji menjadi satu peringatan kepada semua betapa bahayanya haiwan tersebut kerana individu berpengalaman dan ahlinya turut ‘tewas’ apabila terkena patukannya.
Untuk rekod, sekitar Oktober tahun lalu, seorang pakar ular di wilayah Jawa Timur juga telah meninggal dunia kerana dipatuk oleh haiwan peliharaannya itu.
Sumber: Coconuts Jakarta
Kredit : borakdaily
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.