Wanita Geli Nak Kahwin Lepas Curi-Curi Masuk Bilik Tunang, Terkejut Bau Kepam & Sampah Merata Atas Lantai

                                                                                       Gambar hiasan

Seorang wanita meluahkan perasaan kecewanya apabila mengetahui ‘sisi gelap’ tunangnya yang menyebabkan dia berbelah bahagi untuk meneruskan fasa seterusnya iaitu berkahwin.

Curi-curi masuk bilik tunang

Gambar hiasan

Menerusi pendedahan wanita tersebut yang dibuat di Twitter, sikap pengotor tunangnya itu hanya diketahui sewaktu dia bertindak menyelinap masuk ke bilik sewaktu makan malam di rumah bakal mertua.

Ujarnya lagi, tempoh pertunangan mereka telah pun menganjak hampir setahun dan bercadang untuk bernikah pada awal tahun hadapan namun persepsinya berubah selepas melihat keadaan bilik tunangnya.

Tak tahu lah kenapa malam tu, saya buat keputusan untuk masuk bilik tunang. Saja nak tengok-tengok. Tapi saya menyesal tau.

Bilik bau kepam, tuala bertahi lalat

Gambar hiasan

Ini kerana, sebaik saja pintu blik tunangnya dibuka, bau kepam yang sangat kuat menyusuk ke hidung malah wanita tersebut sendiri tidak tahu sama ada bau tersebut merupakan bau basah ataupun bau rokok.

Lebih mengejutkan, cup mi segera serta tin minuman kosong juga bersepah di bahagian lantai serta meja. Malah, wanita tersebut turut mengesan tuala mandi bertahi lalat terletak di atas tilam.

Jadi, sekarang saya jadi geli tengok dia. Dia memang nampak kemas, tapi tak sangka macam tu sekali bilik tidur dia. Geli-geleman bila dia datang dekat.

Disebabkan itu, dia risau akan nasibnya selepas mereka berdua mendirikan rumah tangga kelak kerana takut sekiranya sikapnya masih kekal walaupun selepas bergelar suami isteri.

Gambar

Sumber: Twitter

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *