[VIDEO] Pelajar Perempuan Dirasuk, Ditemui Atas Pokok Tinggi.. Rupanya Dah 3 Kali Kena!

Sebuah klip video memaparkan seorang pelajar perempuan dipercayai dirasuk makhluk halus sehingga mampu memanjat pokok tinggi tular di media sosial. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia.

Rupanya dah kena rasuk 3 kali

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Andre Li di Instagram, kelihatan seorang gadis memakai baju putih bertudung hitam memukul kepalanya sendiri.

Beberapa penduduk setempat yang menyaksikan kejadian terbabit cuba untuk membantu dengan menghampiri pokok itu dan ada yang menyuluh lampu suluh ke arah gadis tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat dua orang lelaki turut memanjat pokok untuk membantu membawa gadis berkenaan turun.

Difahamkan, pelajar perempuan itu sudah tiga kali dirasuk makhluk halus. Malah sebelum kejadian, si bapa sudah mencari mangsa sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), namun gagal menemuinya.

Walau bagaimanapun, gadis berkenaan dikatakan sudah kembali normal pada keesokan harinya dan sudah dibawa pulang oleh keluarganya.

Seramnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Sumber : @andreli_48Viva

Kredit : ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *