Di saat ramai pemain muda lelaki negara kita sudah mula mencipta nama di luar negara, tidak kurang juga hebatnya dengan pemain bola sepak wanita, Intan Serah. Ini apabila, Intan telah menerima lamaran sebuah kelab bola sepak di New York, Amerika Syarikat dan akan memulakan kerjaya di sana.
Perkara itu diumumkan kelab New York Dutch Lions FC (NYDLFC) di Instagram dan kelab ini akan bersaing dalam Liga Bola Sepak Premier Wanita (WPSL).
Terdapat sedikit kelewatan kerana pemain ini perlu mendapatkan visanya terlebih dahulu daripada pihak kedutaan.
Namun begitu, semuanya telah berjaya diselesaikan dan beliau boleh memulakan perjalanannya bersama kami! Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk bersama anda, Intan.

Kredit: Instagram, Oh Media