Minta netizen sertakan nama penuh, Opai buka ‘kaunter permohonan maaf’

Suami kepada pelakon, Fatin AfeefaAliff Awang atau Opai telah menjadi topik bualan sejak beberapa hari ini berikutan ada dakwaan mengatakan dia menayang kereta jenis McLaren bukan kepunyaannya sehingga menjadi bahan gurauan di media sosial.

Selepas dikecam teruk netizen, akhirnya pemilik sebenar kereta tersebut tampil menjelaskan bahawa kereta itu sudah dibeli Opai namun belum lagi sempat menukar ke atas nama sendiri.

Buka kaunter permohonan maaf kepada dirinya

Susulan tuduhan-tuduhan termasuklah menggunakan nombor plat yang bukan miliknya, Opai telah bersuara dan menjelaskan perkara sebenar.

Dia telah memuat naik Insta Story mengatakan telah ‘membuka’ kaunter permohonan maaf kepada semua pihak yang telah menghina dan mengecamnya dengan pelbagai dakwaan tanpa mengetahui hal sebenar.

Minta siapkan nombor IC dengan nama penuh

Tak hanya itu, dia juga meminta agar mereka yang ingin membuat permohonan maaf menyertakan sekali nombor kad pengenalan serta nama penuh bagi dia mengampunkan segala dosa menfitnah serta mencacinya.

Terdahulu, Opai telah dikecam hebat netizen di media sosial kerana mengatakan mereka yang bukan memandu kereta jenis supercar sebagai ‘najis’ dalam satu event kereta.

Sedar akan keterlanjurannya bergurau, lelaki itu telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyesali apa yang diperkatakan.

Baru-baru ini timbul isu dia menggunakan kereta bukan miliknya dan begitu juga nombor plat kereta tersebut sehingga pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mengesahkan perkara tersebut.

Namun, pemilik kereta jenis McLaren itu telah tampil menceritakan hal sebenar dengan mengatakan Opai telah membeli kereta berkenaan daripadanya pada tahun lalu bagi membantu perniagaan yang sedang mengalami masalah.

Sumber: Instagram Aliff Awang

Kredit : Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *