Sajat seronok jadi ‘mak nyah’, akui penat pura-pura alim & sado

Usahawan sensasi transgender yang kini bermastautin di Australia, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengakui dirinya tidak penat untuk menjadi seorang ‘pondan’.

Pengakuan itu dibuat selepas ditanya oleh seorang pengikut sama ada usahawan berusia 38 tahun penat atau tidak untuk hidup sebagai seorang ‘pondan’ atau lebih dipanggil ‘mak nyah’.

Sambil menyisir rambut, Sajat dengan selambanya menjawab dirinya lebih rela hidup sebagai seorang ‘pondan’ berbanding berpura-pura menjadi baik di hadapan khalayak ramai sedangkan hakikatnya lain.

“Jadi pondan tidak penat. Jangan jadi pura-pura alim, pura-pura baik barangkali dia yang menonggeng,”ujarnya.

Katanya lagi, berlagak menjadi seorang yang ‘gentleman’ di hadapan khayalak ramai terutama wanita adalah lebih penat kerana terpaksa sentiasa menjaga muka dan perilaku sebagai seorang leaki maskulin.

“Orang yang penat control jantan, pura-pura sado, menonggeng.. haa, itu lagi penat bermuka-muka. Macam ni (pondan) tak ada, tak kisah.
“Penat dik, dia nak kena control, ikut firasat.. bila dengan perempuan saja kena jadi maskulin, bila dengan lelaki terus jadi lain ‘ bukan Syamsul dah tapi Syamsiah’.
Terdahulu, Sajat mengakui dirinya sudah pun membuang alat kelamin ‘lelaki’ miliknya.

Sumber: FB Sajat

Kredit : Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *