(VIDEO) Tengah Beratur Tunggu Giliran Naik ‘Ride’, Sekali Ada Yang Terber*k Tahi ‘Terbang’ Jatuh Dari Atas

Biasalah kalau ada rasa takut bila nak naik permainan membabitkan ketinggian dan kelajuan dekat taman tema sebab ia akan mencabar adrenaline kita.

Sebab itulah selalu kalau di taman tema kita dengar jeritan di sana sini tetapi lain pula yang berlaku kepada pengunjung ini yang mengalami situasi menjijikkan.

Menerusi satu video yang tular di Twitter, sekumpulan pengunjung dilihat sedang menunggu giliran sambil menyaksikan satu permainan dipanggil ‘ride 360’.

Namun, tiba-tiba ada najis yang jatuh dan terpercik ke atas badan mereka dipercayai daripada individu yang sedang menaiki permainan tersebut.

Kejadian itu berlaku di China dan ramai warganet berasa loya nak termuntah selepas menonton klip tersebut kerana membayangkan bau busuk apatah lagi terkena pada badan.

Ada yang mempersoalkan bagaimana tahi boleh terkeluar semudah itu kecuali jika individu terbabit tidak memakai seluar dalam.

Bayangkan tengah mendongak langit sambil ternganga, lepas tu sesuatu memasuki mulut…”

Kalau jadi dekat korang apa korang buat? Loya tekak membayangkan bau busuk tahi tu.

SUMBER : Twitter
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *